thukang gambar kahwin..
lepas abis makanan, lepas khemah runtuh, lepas pelamin disimpan, lepas saudara mara balik, lepas bunga2 tangan layu apa lagi yang tinggal di hari PERKAHWINAN anda?
memori tawa gembira, sayu dan pilu yang tinggal di dalam gambar menunjukkan betapa meriahnya majlis anda.
kami cintakan memori-memori yang telah digambarkan..
contact number: 019-441 2200 (encik arie)
email: arie_gaban@yahoo.com
go to WEDDING GALLERY
Majlis kahwin depa hari tue belum buat outdoor. Jadi aku boh la sekeping kat sini walaupun ini bukan outdoor depa. Cuma ucapan TAHNIAH dari aku sebab kahwin & anne dapat kerja..

Sekian dari stesen keretapi Sg. Petani.
ariegaban
Al-kisah, maka arakian turunlah beramai-ramai dari anggota SNAPSYNDICATE ke Dewan Laguna Merbok, Sungai Petani atas urusan menangkap gambar kahwin yang bernama manja Ayien & Hueda. Pada malam 16 Januari telah kami berkumpul dan membuat bising dengan bunyi-bunyian buka dan tutup cermin dari kamera dan bunyi-bunyian lampu denyar meletup-letup disamping letupan bunga api yang disediakan pada malam kejadiannnnn…

sukalah kiranya aku memperkenalkan anggota yang tidak terkira ilmunya dari kanan sekali iaitu encik ridhwan shariff, berkepala botak bermuka hensem Mohd Ridzuan Ismail, Encik Abu Bakar, Encik Fairiezal, Adik Ariegaban, Kakak Anne dan suaminya Encik John Lipas. Terima kasih kepada kalian yang telah bersungguh-sungguh bekerja tanpa ada bantahan.. tidak lupa pada Adik Saiful Bakhtiar Othman yang menangkap gambar kami ini.. gambar saiful bakhtiar bertopi ijau dibawah ini.. dia terer.

Sekian untuk malam ini dari Bilik Berita.
ariegaban
aku try hapdet tika di atas sana. tapi dengan broadband, seringkali gagal sebab tak cukup power. mungkin tak macam digi, orang kunin ikut merata2..ini biru kadang2 tak berapa ikut la kot. hahaha.





Cactus Valley, Cameron Highland.
aku dah sampai rumah maghrib tadi..
p/s: aku tak mampu ke luar negara macam huda ainiyah - hihihi..



bertempat di dewan tasik robina, teluk air tawar - mereka dah pun selamat bermajlis.
aku bertindak sebagai thukang rasmi kali ni dibantu oleh ridhwansharif, mubarak dan tajularif selain dari tukang kepit yang jugak fotografer tersohor di utara - along mikagami, tukang mekap - kak lisa romantis dan adik iparnya yang curly, tukang makan yang jugak orang lama fotografer iaitu dewa ayarxoren dan rakan semakan - encik grey..
tahniah mae dan didie.. selamat menggoncang dunia..hahaha..
arie..

aku letak sekeping ja disini sebab dah update di SNAPSYNDICATE.blog.com, selamat menjamu mata dengan gambar.. kalo nak kenyang kena p makan nasik lah..
ariegaban 12/12/09
HAPPY ANNIVERSARY UNTUK NOORSUHANA.. ISTERI AKU LAH..



ariegaban, ridhwansharif & saifulbakhtiar (OP) hahaha..


kali nie aku ke kelantan, macam biasa, bawak famili lah. dapat shopping skit di rantau panjang dan tq kat mahadi (member ipda) mai tag dengan aku shoot bob.. dapat makan sate di Machang besar2 ibu jari, orang tua bob yang sporting abis dan kira aku beraya haji di kelantan la tahun nie. raya puasa hari tue di Jertih.. tahun depan kot2 beraya di Islamabad pulak.. sapa taw..hahahah..
terima kasih pengantin - penyediaan tempat tidur yang selesa, makan yang lebih dan sedap.
bad news - anak kecik aku bawak balik ‘benda’.. sedang dalam proses perubatan tradisional.

TAHNIAH sahabat. selesai sudah satu majlis. aku terbawa hadiah lain. lawak betui. OP majlis mae di Taman Ria, Sg. Petani - saupix yang berslogan ada pix ada segalanya dan stador, junior aku di Ibrahim dulu..
ariegaban
wedding fotog
019 441 2200
Tarikh: 5 Disember
Tempat: Baling
Fotog: ariegaban & ridhwansharif
PENGUMUMAN: Storage dan domain SNAPSYNDICATE breakdown. Jadi tuan-tuan dan puan-puan ex-client diharap dapat bersabar kerna gambar-gambar majlis masih belum boleh di upload untuk tatapan. Pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, Insyaallah..
